Tuesday, 18 September 2012

KURSUS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari=)


Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang ke blog pertama saya dan saya harap semua dapat membaca apa yang saya tulis dalam blog ini dan kita dapat berkongsi maklumat bersama-sama.

Pada minggu pertama dalam kursus komputer dalam pendidikan kami telah di dedahkan dengan penggunaan email rasmi iaitu kami di arahkan untuk membuat email secara rasmi untuk berurusan dengan pihak yang tertentu.seterusnya kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu satu kumpulan seramai 12 orang,kami diarahkan membuat dua email iaitu yahoo dan gmail.Seterusnya kami menghantar email yahoo kepada dr.Siti Fatimah Mohd Yassin untuk pengenalan.selain itu, kami di tugaskan untuk membuat yahoo group dan group baru dalam facebook iaitu melalui kumpulan,satu kumpulan ialah seramai dua orang.

Pada minggu kedua pula, kami disuruh membuat akaun blog untuk berkongsi dan menyimpan pembelajaran yang kita belajar.melalui blog ini kami akan menulis apa yang kita belajar untuk disimpan sebagai diari bagi tujuan pembelajaran.seterusnya blog juga akan digunakan untuk kemudahan mengulangkaji apa yang kami belajar dari minggu ke minggu untuk menduduki peperiksaan.

Disamping itu,kami juga belajar untuk mencipta fail melalui dropbox.Dropbox ini merupakan satu kemudahan yang digunakan oleh pelajar untuk menyimpan maklumat.Segala maklumat yang ingin dikongsi bolehlah dikongsi melalui dropbox ini.Contohnya anda berada dibilik dan maklumat yang anda cari di bilik itu boleh anda kongsikan melalui copy link bahan yang kamu cari dan semua maklumat itu boleh di buka di mana-mana sahaja kamu berada.



Melalui dropbox juga kita dapat share segala maklumat yang dipelajari di dalam dropbox tersebut apabila kita ingin melihatnya kembali.Dengan menggunakan Dropbox ini akan memudahkan pelajar dalam sesi pembelajaran mereka.



BYE_BYE kawan-kawan semoga kita berjumpa kembali pada minggu yang akan datang.Assalamualaikum semua=)