Sunday 25 November 2012

MINGGU KE-10:MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari kepada semua=)

Allahamdulillah kita dipanjangkan usia lagi oleh Allah s.w.t dapat bernafas di atas bumi yang bertuah ini dan anda sedia maklum nasib kaum seagama dengan kita yang menderita dengan kehancuran negara dari serangan tentera zionis iaitu israel.

Kembali kita ke topik yang ingin di bincang pada minggu kesepuluh ini,dalam kelas komputer dalam pendidikan ialah MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN.Pada minggu ini kelas kami diambil alih oleh Dr Siti Fatimah kerana Pn Hafizah tidak dapat datang kerana ada masalah kesihatan.Diharapkan semoga Pn Hafizah cepat sembuh dan boleh kembali bersama kami pada minggu yang akan datang..Amin..=)



Banyak jenis multimedia yang boleh digunakan dalam pendidikan.Sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Siti,multimedia ini sangat meluas dan melalui multimedia juga kita dapat menjalankan pelbagai bisnes dan pelbagai lagi.Antara yang diterangkan oleh Dr Siti adalah mengenai
"2D Graphic Editing Software"

 Terdapat banyak software yang dapat kita gunakan antaranya ialah...


1)Microsoft Paint/Paint brush
2)Shapes/Smart Art Program
3)GIMP  (OSS)
4)Online Google Draw (caloborative drawing)
5)Openoffice Draw  (OSS)

Contoh dari Google draw 

Bagi pengetahuan semua GIMP dan Openoffice Draw kena install dulu dekat laptop masing-masing sebelum menggunakannya.

Kami juga diterangkan oleh Dr.Siti mengenai jenis-jenis multimedia graphic yang ada iaitu vector dan bitmap images serta graphic file format iaitu JPFG,BMP,WMF,PNG,TIFF,GIFF.Oleh itu daripada penerangan Dr.Siti kami dapat belajar banyak perkara mengenai graphic.Sebelum ini kami hanya menggunakannya dan tidak tahu mengenai jenis-jenis graphic yang ada dalam multimedia.Selepas selesai Dr.Siti menerangkan tentang jenis graphic yang ada kami dikehendaki menerokai graphic denga kreativiti masing-masing dalam microsoft office paint dan google Draw.

Sekian dulu perkongsian saya pada minggu ini semoga kita dapat berkongsi lagi pada minggu yang akan.Saya juga berharap apa yang diajar oleh Dr.Siti akan dimanfaatkan oleh saya dan kawan-kawan yang lain.Assalamualaikum dan salam bestari buat semua=)

bye-bye you all semua..
jumpa lagi pada minggu hadapan..





Friday 9 November 2012

MINGGU KE-9:SSPS

selamat sejahtera dan salam bestari kepada semua=)

pada minggu ini kelas komputer dalam pendidikan telahpun masuk minggu kesembilan dalam pembelajaran kami.Seterusnya pada minggu ini kami di ajar cara-cara membuat data dengan menggunakan SSPS.Minggu ini juga merupakan sambungan daripada minggu sebelumnya iaitu pada dua minggu yang lepas kami didedahkan serba sedikit oleh Pn.Hafizah mengenai SSPS dan kami di arahkan untuk mencari apa itu SSPS.

kami di ajar cara-cara membuat data iaitu dengan mengisi tajuk tentang apa yang soalan kita ajukan semasa kita membuat survey samada melalui google doc ataupun survey monkey,kami perlu menganalisis data hasil daripada survey yang kita buat dan perlu di isi dalam kolum yang disediakan.macam mana nak menganalisis data??..Jom kita terokai cara untuk menganalisis data SSPS ini.Sebelum itu kita berkenalan dulu tentang apa itu analisis perisian data??..

inilah perisian untuk menganalisis data...

SSPS adalah perisian yang digunakan untuk analisis statistik.Secara rasmi ia kini dinamakan IBM SSPS statistik.Ia juga boleh digunakan untuk mengarang ukur dan penempatan (IBM SSPS colection data),perlombongan data(IBM SSPS modeller),analisis teks dan kerjasama.Untuk membuat data SSPS ini kita perlu INSTALL perisian ini terlebih dahulu.Untuk memudahkan membuat data ini kamu mesti INSTALL  perisian ini pada laptop masing-masing.



Bagaimana cara nak guna SSPS??
1)Klik pada SSPS shortcut di dekstop anda
2)selepas tekan SSPS shortcut tu keluar la data macam nie

selesai buat nie pergi ke step seterusnya seperti contoh dibawah

Variable View-untuk masukkan dapatan hasil kajian
nama:soalan secara ringkas,type:jenis soalan,width:jawapan responden
masukkan data dalam 3 colum tersebut..


ini contoh soalan yang kita isi dalam data hasil dari suvey yang kita jalankan

3)Hasil kajian




klik analyse--->description statistic--->frenquencies

4)Anda boleh memilih sebarang hasil sebagai contoh,carta pai,bar,statistik,histogram dan sebagainya
5)contoh data yang telah siap di analisis,beberapa responden dan kesemua data telah dimasukkan dalam SSPS.
hasil kajian daripada frequency



hasil kajian daripada menggunakan carta bar

hasil kajian menggunakan carta pai

Akhirnya selesai juga tugas yang di berikan oleh Puan Hafizah dan tunjuk ajar yang diberikan adalah sangat berguna kepada kami semua untuk kami manfaatkan pada masa yang akan datang.Inilah hasil yang kami dapat daripada pembelajaran ssps pada minggu ini.Saya rasa setakat ini sahaja coretan atau perkongsian ilmu pada minggu ini semoga perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama-sama.Assalamualaikum kawan-kawan.....=)

..RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..


BYE-BYE...


Tuesday 6 November 2012

MINGGU KE-8:PRESENT HASIL KERJA

Selamat sejahtera dan salam bestari........

Pada minggu ini kami ditugaskan oleh puan Hafizah untuk membentangkan tugasan yang diberikan mengikut tajuk kumpulan masing-masing.Selain itu,pada minggu ini juga kelas kami diarahkan untuk mengabungkan antara kami dengan kelas Dr.Siti Fatimah untuk pembentangan kerana Dr.siti Tidak dapat hadir pada minggu ini.

Seterusnya,kelas pembentangan diteruskan mengikut kumpulan masing-masing.Pada minggu ini kumpulan kami telah pun membentangkan hasil kerja kami iaitu mengenai ETIKA DALAM  PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER.

setakat ini sahaja perkongsian saya pada minggu ini.Semoga kita berjumpa lagi pada minggu yang akan datang dengan tajuk-tajuk yang menarik .Assalamualaikum kawan-kawan...=)