Tuesday, 2 October 2012

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN MINGGU KE-3



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

     Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya dan semoga anda semua dapat membaca kerja-kerja saya.Pada minggu ketiga dalam kelas komputer dalam pendidikan kami diarahkan untuk mencari maklumat tentang Course Management system(CMS/MLS).Dalam kelas ini kami telah mencari maklumat tentang CMS/MLS dan disuruh untuk menulis semua maklumat yang dicari dalam internet itu mengikut apa yang kita faham tentang CMS/LMS.Dalam kelas ini kami dibimbing oleh puan fadilah adnan dan selepas selesai menulis tentang CMS/LMS kami diminta email apa yang ditulis kepada puan fadilah.
 


 Apa itu CMS/MLS?? 
 Apa yang saya tahu tentang Course Managemaent System(CMS)ialah satu sistem talian yang direka untuk membantu pengajar menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web supaya para pelajar dapat berinteraksi dengan pengajar di talian.Ia adalah interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar.

Mengapa kita perlu menggunakan kursus ini?

kita perlu menggunakan (cms/mls) kerana ia menyelidik satu aspek pentadbiran rakaman gred dan lain-lain.Selain itu,ia berurusan secara langsung dengan aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran,latihan,kuiz dan ujian.Dengan menggunakan sistwm ini,pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang terkandung dalam sistem ini.seterusnya pelajar dapat menjimatkan masa dan meningkatkan pembelajaran pelajar tersebut.Terdapat juga sistem online seperti kuiz dan latihan dalam sistem ini,jadi ia dapat memudahkan pelajar menjawab soalan latihan dalam sistem ini sebelum peperiksaan sebenar.

Dimana sistem ini digunakan?
Sistem ini biasanya digunakan didalam bidang pendidikan seperti dalam pengurusan sekolah dan universiti contohnya,E-pembelajaran,ifolio,SPIN dan lain-lain.Sistem ini memudahkan pensyarah berinteraksi secara dua hala dengan pelajar dalam alam maya.


siapa yang menggunakan sistem ini?
 Sistem ini digunakan oleh pelajar-pelajar di universiti dan kolej.selain itu,sistem ini digunakan oleh guru-guru dan kakitangan yang bekerja dalam sektor kerajaan yang mereka memerlukan laman web untuk membuat kerja-kerja mereka.


Bagaimana menggunakan sistem ini?
Untuk menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian LMS untuk mewujudkan maklumat  yang tepat dan relevan.Modul penilaian yang digunakan akan menjadi menarik jika direka dengan baik untuk pelajar.
selain itu,jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak menghadapi masalah didalam sistem ini,dan prosesnya pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Kelebihan menggunakan sistem LMS
1)Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian
2)Boleh diakses di mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet
3)Pensyarah dan pelajar boleh berjumpa dengan cara di atas talian
4)Menampung keseluruhan pembelajaran


Perisian sumber terbuka untuk (CMS?MLS)


1)Moodle
Ia dikenali sebagai modular berorintasikan  objek pembelajaran dinamik untuk membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian.Ia mempunyai penyerahan tugas,muat turun fail dan kuiz.

2)Atutor
Ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan,pembangunan kerjaya serta pembangunan profesion guru dan penyelidikan akademik.Sistem ini juga dapat membantu orang buta mendengar antara sistem muka antara skrin dan bantuan pembaca skrin.

3)Efront
Dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.







No comments:

Post a Comment