Sunday, 30 December 2012

REFLEKSI MINGGU KETIGA BELAS



Assalamualaikum w.b.t..dan salam bestari.....

      Berjumpa lagi kita pada minggu ketiga belas ini tapi tugasan kali ini amat susah dan saya terpaksa menyiapkan semua tugasan yang diberi dan tiba masa untuk saya update dalam blog saya.Saya memohon beribu keampunan kerana lewat update blog yang minggu ketiga belas ini.Tugasan kali ini amat menyusahkan saya kerana ia memerlukan ketelitian dan kesabaran.Pada minggu ini kami diberikan dua tugasan iaitu menbuat MARKAH PELAJAR dengan menggunakan MICROSOFT OFFICE EXCEL dan satu lagi ialah BELANJAWAN dan tugasan ini dibuat dalam OPENOFFICE SPREADSHEET.Pada minggu ini Pn Hafizah Menerangkan satu-satu cara untuk membuatnya tetapi saya tidak faham sepenuhnya apa yang diterangkan oleh puan hafizah pada hari itu,dengan tunjuk ajar kawan-kawan seperjuangan akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi ini.Alhamdulillah.....

Jom kita kongsikan cara-cara untuk membuat BELANJAWAN dan MARKAH PELAJAR.Kalau anda semua nak tahu bagaimana hendak membuatnya ikutlah cara-cara ini...=)

Cara-cara untuk membuat Belanjawan dengan menggunakan OPENOFFICE SPREADSHEET.


untuk makluman semua kamu semua kena install Openoffice dekat Laptop masing-masing seperti gambar diatas..


Klik dekat Spreadsheet..


inilah  hasilnya apabila kita klik spreadsheet tadi.Disini bolehlah kamu tulis belanjawan kamu yang kamu belanjakan seharian itu.


Inilah contoh belanjawan yang telah siap..


Untuk buat tarikh-->right klik-->format cell-->pilih format date yang anda nak-->klik ok seperti anak panah yang ditunjukkan diatas-->untuk tarikh yang seterusnya cuma copy dan paste jerr...


untuk mendapatkan Jumlah belanja: Klik sum-->hightlight kotak  perbelanjaan hari pertama seperti gambar diatas-->enter-->dapatlah hasilnya.

Elaun bulanan: Diisi secara manual

Manakala Baki bulan lepas: guna formula sum-->Klik kolum baki bulan lepas pada bulan sebelumnya.

Jumlah masuk: -->Guna formula sum-->klik kolum elaun bulanan tambah(+) dengan baki bulan lepas-->enter-->dapatlah hasilnya..


Untuk baki : Masukkan formula manual iaitu klik dekat simbol (=)-->klik kolum jumlah masuk-->tekan simbol tolak (-)-->klik kolum jumlah belanja-->enter-->dapatlah jumlahnya..

Ulang langkah yang sama untuk membuat belanjawan sehingga satu tahun.Pada setiap sheet jangan lupa rename bulan secara tersusun sehingga sampai satu tahun iaitu bulan disember.

  
Inilah contoh belanjawan saya bagi bulan terakhir iaitu bulan disember..
Senang jew kan??...

Seterusnya saya akan tunjukkan..
.
Cara Membuat Markah Pelajar dengan Menggunakan MICROSOFT OFFICE EXCEL.

 
buka microsoft office Excel

 keluarlah macam nie...kotak pertama bolehlah isi bilangan nama pelajar dan diikuti dengan subjek matapelajaran yang ingin diisi.


ini contoh bilangan dan nama pelajar yang telah siap...


Buat senarai markah dalam kotak macam nie-->bold-->define name kotak nie.


 Cara untuk define name: Pergi tempat formulas dan klik-->cari define name-->tulis nama supaya senang kita nk isi markah.


Buat kotak untuk AVERAGE,MAXIMUM,MINIMUM ,STANDARD DEVIATION dan subjek seperti yang diatas.

Untuk item diatas menggunakan cara yang sama cuma tukar perkataan sahaja contohnya ,Min,Max dan sebagainya.

Min =Minimum
Max =Maximum
Stdev = Standard Deviation


Bilangan pelajar mengikut gred.sistem ini dimasukkan secara manual


ini laporan markah yang telah saya siapkan..=)
Mudah jew kan kawan-kawan..
Selamat mencuba dan selamat malam..

 

SMILE ALWAYS....
GOOD NIGHT MY FRIEND>>>


















Friday, 21 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE-14: PRESENTATION AKHIR

dan salam bestari untuk semua kawan-kawan...=)

Sedar tidak sedar kami sudah pun sampai minggu akhir kelas komputer dalam pendidikan bagi semester pertama.Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan kesemua kelas ini dengan menyiapkan  semua tugasan yang diberi dan kami juga mempelajari banyak ilmu berkaitan dengan IT.

Berbalik pada cerita kita,pada minggu ke-14 ini, kami diberikan tugas bagi kumpulan masing-masing untuk membentangkan tugasan masing-masing untuk menghabiskan tugasan yang terakhir untuk kelas komputer dalam pendidikan.Pada hari ini juga sebanyak enam kumpulan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang diberi setiap kumpulan.Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing  dengan menggunakan slide mengikut kreativiti yang ada selepas kami mempelajari multimedia dalam pendidikan.

Pada minggu ini juga, kumpulan saya telah pun membentangkan tajuk tugasan kami iaitu Etika dalam penggunaan interner dan komputer.Kumpulan saya terdiri daripada Nurul hazirah Ramli da saya sendiri iaitu Nor Sakila Adila ghazali.Selepas selesai membentangkan tugasan masing-masing kami juga diajukan beberapa soalan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang apa yang dibentangkan oleh setiap kumpulan.

Seterusnya,kelas komputer ini diakhiri dengan majlis perpisahan dengan pessyarah iaitu Pn.Hafizah Adnan dan Dr Siti Fatiamh Mohd Yassin.Selepas selesai kami semua memohon maaf dan mintak halalkan semua ilmu yang diajar selama ini.Selesai sudah kelas ini,semoga kita berjumpa lagi pada tahun yang akan datang.Sebelum itu terimalah serangkap pantun daripada saya:

Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi,


Assalamualaikum..=)
..SMILE..^ _^

Tuesday, 11 December 2012

MINGGU 12 : OPENOFFICE (IMPRESS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua=)...Bersyukur ke hadrat illahi kerana kita dapat berjumpa lagi pada minggu ke 12 ini.Pada minggu ini kelas komputer dalam pendidikan telah pun sampai ke akhir semester satu dan minggu hadapan merupakan kelas terakhir kami dalam kursus ini.Walaubagaimanapun kelas ini sangat memberi manfaat kepada kami semua.

Pejam celik-pejam celik kami pun sudah sampai minggu ke-12 pada minggu ini.Seronok sungguh mengikuti kursus ini walaupun mula-mula agak bosan..hehehe..Pada minggu ini,kelas kami digabungkan sekali lagi dengan kelas Dr. Siti kerana Pn.Hafizah ada hal penting yang ingin diselesaikan.Banyak yang kami pelajari daripada Dr.siti pada minggu ini antaranya membuat broucher dan booklet dengan menggunakan microsoft word,cara download video dari youtube menggunakan keepvid dan download skydrive untuk kemudahan menyimpan dokumen iaitu fungsi skydrive lebih kurang dengan dropbox.Selain itu Dr.Siti juga menunjukkan skill presentation yang terbaik melalui youtube.

Pada minggu ini juga,Pn Hafizah telah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan Openoffice IMPRESS

Openoffice ini merupakan salah satu software yang mempunyai persamaan dengan microsoft power point.Kegunaannya adalah untuk membuat slide show.Antara microsoft power point dan openoffice masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing.Mari kita teroka bagaimana cara untuk menggunakan openoffice ini.

1)Kena INSTALL dahulu sebelum menggunakan software ini...
2)Kemudian tekan openoffice impress

Keluarlah ini,ini merupakan langkah pertama


Tandakan di 'from templet'
seterusnya.......


Pilih background yang kamu suka mengikut citarasa.
banyak pilihan ada disini...


Kemudian keluar seperti diatas,tekan create dan akan keluar seperti di bawah ini...


Menarik x?..kalau diperhatikan ia nampak sama je dengan power point yang selalu kita guna di microsoft power point.Disini kita dapat pilih pelbagai background yang anda minati,bolehlah sama-sama kita mencuba  di openoffice apabila ada presentation jika kamu bosan menggunakan power point.Selamat mencuba kawan-kawan...Semoga berjumpa lagi pada minggu yang akan datang.....Assalamualaikum...=)





































Wednesday, 5 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE-11:MICROSOFT PUBLISHER

Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari kepada semua.....=)

Syukur alhamdulillah berjumpa lagi kita pada minggu ini dalam kelas komputer dalam pendidikan.Pada minggu ini kami sangat gembira kerana Pn.hafizah sudah kembali untuk memberi tunjuk ajar kepada kami.

Pada minggu kesebelas ini kami diajar oleh Pn.Hafizah mengenai tugas-tugas yang minggu lepas.Pn Hafizah mengimbas tajuk-tajuk yang kami pelajari iaitu mengenai power point,microsoft word,Gimp,Open office dan banyak lagi.Pada minggu ini,tugasan yang perlu disiapkan adalah membuat BROCHURE dan BOOKLET.

Cara-cara untuk membuat Brochure ialah:
1)microsoft publisher
2)tekan brochure
3)Pilih design yang kamu suka

inilah contohnya......



 seterusnya cara untuk membuat Booklet adalah seperti berikut:

1)Microsoft publisher
2)cari newletter
3)pilih corak yang kamu suka untuk membuat booklet

inilah contoh dari booklet



Sekian dulu perkongsian kita pada minggu ini semoga perkongsian ini akan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada kawan-kawan.Selain itu,saya berharap semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.Selamat malam kawan-kawan..=)
jumpa lagi........










Sunday, 25 November 2012

MINGGU KE-10:MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari kepada semua=)

Allahamdulillah kita dipanjangkan usia lagi oleh Allah s.w.t dapat bernafas di atas bumi yang bertuah ini dan anda sedia maklum nasib kaum seagama dengan kita yang menderita dengan kehancuran negara dari serangan tentera zionis iaitu israel.

Kembali kita ke topik yang ingin di bincang pada minggu kesepuluh ini,dalam kelas komputer dalam pendidikan ialah MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN.Pada minggu ini kelas kami diambil alih oleh Dr Siti Fatimah kerana Pn Hafizah tidak dapat datang kerana ada masalah kesihatan.Diharapkan semoga Pn Hafizah cepat sembuh dan boleh kembali bersama kami pada minggu yang akan datang..Amin..=)



Banyak jenis multimedia yang boleh digunakan dalam pendidikan.Sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Siti,multimedia ini sangat meluas dan melalui multimedia juga kita dapat menjalankan pelbagai bisnes dan pelbagai lagi.Antara yang diterangkan oleh Dr Siti adalah mengenai
"2D Graphic Editing Software"

 Terdapat banyak software yang dapat kita gunakan antaranya ialah...


1)Microsoft Paint/Paint brush
2)Shapes/Smart Art Program
3)GIMP  (OSS)
4)Online Google Draw (caloborative drawing)
5)Openoffice Draw  (OSS)

Contoh dari Google draw 

Bagi pengetahuan semua GIMP dan Openoffice Draw kena install dulu dekat laptop masing-masing sebelum menggunakannya.

Kami juga diterangkan oleh Dr.Siti mengenai jenis-jenis multimedia graphic yang ada iaitu vector dan bitmap images serta graphic file format iaitu JPFG,BMP,WMF,PNG,TIFF,GIFF.Oleh itu daripada penerangan Dr.Siti kami dapat belajar banyak perkara mengenai graphic.Sebelum ini kami hanya menggunakannya dan tidak tahu mengenai jenis-jenis graphic yang ada dalam multimedia.Selepas selesai Dr.Siti menerangkan tentang jenis graphic yang ada kami dikehendaki menerokai graphic denga kreativiti masing-masing dalam microsoft office paint dan google Draw.

Sekian dulu perkongsian saya pada minggu ini semoga kita dapat berkongsi lagi pada minggu yang akan.Saya juga berharap apa yang diajar oleh Dr.Siti akan dimanfaatkan oleh saya dan kawan-kawan yang lain.Assalamualaikum dan salam bestari buat semua=)

bye-bye you all semua..
jumpa lagi pada minggu hadapan..