Friday, 21 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE-14: PRESENTATION AKHIR

dan salam bestari untuk semua kawan-kawan...=)

Sedar tidak sedar kami sudah pun sampai minggu akhir kelas komputer dalam pendidikan bagi semester pertama.Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan kesemua kelas ini dengan menyiapkan  semua tugasan yang diberi dan kami juga mempelajari banyak ilmu berkaitan dengan IT.

Berbalik pada cerita kita,pada minggu ke-14 ini, kami diberikan tugas bagi kumpulan masing-masing untuk membentangkan tugasan masing-masing untuk menghabiskan tugasan yang terakhir untuk kelas komputer dalam pendidikan.Pada hari ini juga sebanyak enam kumpulan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang diberi setiap kumpulan.Setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing  dengan menggunakan slide mengikut kreativiti yang ada selepas kami mempelajari multimedia dalam pendidikan.

Pada minggu ini juga, kumpulan saya telah pun membentangkan tajuk tugasan kami iaitu Etika dalam penggunaan interner dan komputer.Kumpulan saya terdiri daripada Nurul hazirah Ramli da saya sendiri iaitu Nor Sakila Adila ghazali.Selepas selesai membentangkan tugasan masing-masing kami juga diajukan beberapa soalan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang apa yang dibentangkan oleh setiap kumpulan.

Seterusnya,kelas komputer ini diakhiri dengan majlis perpisahan dengan pessyarah iaitu Pn.Hafizah Adnan dan Dr Siti Fatiamh Mohd Yassin.Selepas selesai kami semua memohon maaf dan mintak halalkan semua ilmu yang diajar selama ini.Selesai sudah kelas ini,semoga kita berjumpa lagi pada tahun yang akan datang.Sebelum itu terimalah serangkap pantun daripada saya:

Dari mana hendak kemana,
Tinggi rumput dari padi,
Tahun mana bulan mana,
Dapat kita berjumpa lagi,


Assalamualaikum..=)
..SMILE..^ _^

No comments:

Post a Comment