Wednesday, 10 October 2012

MINGGU 4:GOOGLE SCHOLAR



Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari=)

Pada minggu keempat dalam kelas komputer dalam pendidikan kami telah diajar untuk search google scholar oleh Pn. hafizah Adnan.Pn hafizah telah menerangkan kepada kami apa itu GOOGLE SCHOLAR dan cara penggunaannya.

GOOGLE SCHOLAR ialah salah perkhidmatan yang disediakan oleh google untuk mencari artikel atau bahan ilmiah.Melalui penggunaan Google Sholar kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari rujukan tersebut.Ia memudahkan kita untuk mendapatnya walaupun dimana kita berada.Marilah sama-sama kita berkunjung ke Google Sholar ini.

Pertama sekali yang anda harus lakukan ialah,anda pergi ke homepage google,anda boleh tekan search untuk google scholar.anda boleh tengok cara-caranya seperti di bawah ini.






Google Scholar juga menyediakan cara yang mudah dan meluas untuk mencari sumber ilmiah. Dari satu tempat, anda boleh mencari di seluruh tempat dan banyak sumber yang boleh didapati seperti artikel, tesis, buku, abstrak dan pendapat mahkamah, dari penerbit akademik, persatuan profesional, repositori online, universiti dan laman web lain. Google Scholar membantu anda mencari kerja yang berkaitan di seluruh dunia penyelidikan ilmiah.Pn.Hafizah juga mengajar kami cara-cara untuk mencari jurnal dan artikel dengan menggunakan google scholar ini.

Selain itu,kami diajar untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh UKM untuk mencari sumber ilmiah melalui online dan tidakperlu pergi ke perpustakaan.

Cara-cara untuk menggunakannya:

1)Sila pergi ke E-warga
2)Scroll down dan lihat dikiri,anda akan menjumpai perpustakaan UKM,sila klik disitu
3)Masukkan user ID dan password yang telah didaftarkan
4)Kemudian anda anda dikehendaki mencari proquest education journal& Eric plus text
5)Akhir sekali,anda bolehlah mencari tajuk journal yang anda inginkan di dalam searh tersebut.

Selamat mencuba kawan-kawan semua=)
Melalui google scholar kamu blh mendapati maklumat dimana-mana sahaja bukan hanya di ukm.

Akhir sekali,selepas selesai membuat pencarian itu tadi kami dikehendaki menyelesaikan tugas yang diberi oleh Pn. Hafizah iaitu  mencari segala yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan mengikut kumpulan masing-masing.kumpulan kami dikehendaki untuk mencari tentang INTERNET DAN KOMPUTER.Dalam pencarian ini kami dikehendaki untuk mencari siapa,dimana,apa,bagaimana,kenapa dan bila penggunaan internet dan komputer dalam pendidikan.

Saya rasa sampai disini sahaja dulu kita pada hari ini.semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang dan banyak benda menarik yang akan saya kongsikan dalam blog saya ini dengan anda semua.Saya harap perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua.
Sekian terima kasih =)



No comments:

Post a Comment