Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari semua =)
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat illahi kerana kami sudah pun sampai minggu kelima dalam kelas komputer dalam pendidikan.Pada minggu ini kami diarahkan oleh Pn.Hafizah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan masing-masing.Kami telahpun mencari maklumat seperti mana yang Pn. hafizah mahukan.
selain itu,kami juga dikehendaki update blog yang ditulis bagi memudahkan kami untuk membuat refleksi pada minngu yang terakhir supaya senang untuk mengulangkaji.
setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini,semoga kita berjumpa lagi...
Terima kasih kawan-kawan semua =)..Assalamualaikum..
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER
ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET
Apa itu etika dalam
penggunanaan internet dankomputer?
Etika ialah tatacara atau disiplin
yang ditunjukkan seseorang individu dalam sesuatu penggunaan seperti penghantaran
email kepada orang atasan perlulah digunakan secara formal dan berbeza dengan kawan-kawan kita tidak perlu menghantar
email secara formal.
Tatacara penggunaan
internet
(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang
disediakan oleh JPN
untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan
yang
disediakan.
Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di
bawah kawalannya (termasukmaklumat)
adalah hak milikKerajaan.
(b)Privasi pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna
lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail,
memecah kata laluan,
memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa
kebenaran.
(c) Mengenalpasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengguna
yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi
makluma tmelalui Internet.
Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan
daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(d) MemilihLaman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang
berkaitan dengan bidang kerja dan
terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet
perlulah ditentukan ketepatan dan
kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber
internet hendaklah juga dinyatakan.
(f)Muatnaik bahan(Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuatnaik ke internet
hendaklah disemak dan
mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan keatas bahan yang
sah seperti
perisian yang berdaftardan di
bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan
yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan
yang
dibenarkan oleh jabatan sahaja.
(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang
mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri
dan menggunakan kemudahan ini.
Kandungan perbincangan awam seperti
newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada
Ketua Jabatan. Perlu diingat maklumat yang dikongsi
melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu,
setiap pengguna mestilah
bertindak dengan bijaksana,
jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan
keutuhan maklumat berkenaan.
Bagaimana untuk beretika dalam pengunaan internet dan komputer
1) Respecting yourself
Pastikan anda tidak melanggar amanah yang
diberikan,contohnya seseorang individu itu mendedahkan kata laluan yang
diberikan kepadanya.
2) Respecting others
hindarkan diri daripada menganggu atau mengancam system orang lain
3) Respecting academic intergriti
patuhi hak cipta yang telah disediakan.
Bila etika penggunaan internet dan komputer diaplikasikan
1) Penulisan Email
dalam penulisan email
kita perlu mengikuti etika-etika penulisan antaranya penulisan email
dengan pensyarah.Contohnya penulisan dengan pensyarah kita perlulah menggunakan perkataan
formal dan tidak menggunakan huruf kecil atau besar semua apabila menghantar email.
2 2)Penulisan blog
j Penulisan blog juga merupakan penulisan yang melibatkan orang ramai yang membacanya,oleh
itu pelajar mahupun pensyarah mestilah menjaga etika dalam penulisan
blog.Walaupun penulisan blog tidaklah mementingkan gaya penulisan kita juga
harus menjaga etika supaya blog yang ditulis tidak berunsurkan benda-benda yang
tidak elok.Pelajar-pelajar mahupun pensyarah harus menunjukkan sikap yang elok
semasa penulisan blog kerana melalui penulisanlah menunjukkan kebijaksanaan dan
keperibadian seseorang itu.
Kenapa Pentingnya Etika Dalam penggunaan Internet
Perkembangan
internet yang begitu pesa tmemerlukan etika dalam penggunaan internet. Berikut ini adalah beberapa alasan pentingnya etika yang
perlu dipatuhi.
a). Pengguna internet
berasal dari pelbagai negara yang mempunyai budaya, bahasa dan adat istiadat yang
berbeza.
b). Pengguna internet merupakan orang yang
hidup dalam anonymouse, yang memerlukan pernyataan dentitiasli dalam berinteraksi .Identiti yang
palsu adalah salah disisipenggunaan internet.
c). Bermacam kemudahan di internet
membolehkan seseorang untuk bertindak beretika atau tidak beretika seperti melayaril aman web lucah,
dansebagainya.
d.) Harus diperhatikan bahawa pengguna
internet akan bertambah setiap saat yang membolehkan kemasukan‘pengguna’baru.Oleh sebaitu,
kita dikehendaki untuk memastikan segala maklumat kita adalah benar.
e.)Bagi penggunaan etika dalam pendidikan khususnya untuk pelajar,ini akan dapat membantu pelajar tersebut untuk membuat segala tugasan
yang diberikan oleh pensyarah mengikut etika penggunaan internet.
Siapa Yang
Perlu Menggunakan Etika Dalam Penggunaan Internet
Semestinya semua pengguna
internet hendaklah mematuhi etika penggunaan internet. Akan tetapi jika dikhususkan pengguna
internet ini terbahagi kepada 4 iaitu :-
1) PelajardanPensyarah
Bagi pelajar amatlah penting untuk mengamalkan etika dalam penggunaan
internet kerana ini melibatkan urusan rasmi atau formal.
Sebagai contoh, pelajar tersebut hendak menghantar email kepada pensyarah yang
pastinya menggunakan internet sebagaipenghantaran.Dengan itu,
pelajar tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat atau identiti yang
perlu disertakan didalam email tersebut adalah benar.Jadi,
pensyarah dapat mengenali pelajar tersebut .
2) Kakitangan Kerajaan
Kakitangan kerajaan juga hendaklah mengikut etika penggunaan internet
agar segala urusan rasmi antara kerajaan dapat dijalankan dengan berkesan.
3) Orang awam
Orang awam atau pengguna-pengguna internet yang lain di
luar sana juga ramai yang menggunakan internet. Kebanyakan daripada mereka adalah tidak dikenali.Olehitu,
bagi pengguna internet yang lain juga hendaklah mematuhi etika penggunaan internet
dan tidak menyalahgunakan internet.
No comments:
Post a Comment