Tuesday, 16 October 2012

MINGGU KE-6:SURVEY MONKEY


dan selamat sejahtera kawan-kawan semua..

Berjumpa lagi kita pada minggu ini,ini merupakan sambungan pada minggu sebelumnya.Pada minggu ini kami diajar oleh Pn hafizah tentang SURVEY MONKEY.Selain itu kami juga diterangkan tentang penngunaan GOOGLE DOCS untuk membuat soalan-soalan survey.Refleksi sebelum ini juga pernah diterangkan tentang Google Docs,diharap kamu semua dapat rujuk pada refleksi minggu sebelumnya.
Seterusnya,inilah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk menggunakan aplikasi ini.

                            1)Pertama sekali anda dikehendaki laman web Google Docs
                                          --> Http://Drive.google.com/
                                                          2)Seterusnya.......
                                                    Tekan Create,Pilih Form

                          

              3)Akhir sekali.anda boleh membuat soalan dengan menggunakan Google Docs ini.


anda bolehlah membuat soalan dan boleh membuat lebih daripada 10 soalan..ini merupakan kelebihan menggunakan Google docs.

-->Berbeza pula Melalui cara Servey Monkey

Apa itu SERVEY MONKEY?? adakah pernah mendegarnya atu pernah menggunakannya??..Tentu sekali kamu tidak pernah menggunakannya kan??
Jom kita jelajah apa itu Servey Monkey??..


Servey monkey ini adalah salah satu perisian percuma yang boleh digunakan oleh semua orang untuk membuat kajian terutamanya pelajar dan orang ramai.Format yang digunakan adalah memudahkan kita untuk membuat soalan.

BAGAIMANA SURVEY MONKEY INI BOLEH DIDAPATKAN??

1)Langkah pertama,anda dikehendaki pergi ke laman web Survey Monkey


2)Seterusnya,anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat untuk SING UP untuk masuk ke dalam survey monkey.


3)Langkah Ketiga

Sila klik pada create servey untuk langkah berikutnya

4)Langkah keempat langkah yang terakhir

Anda dikehendaki menulis tajuk survey masing-masing dan memilih katogerinya.Maka selesailah cara untuk menggunakan survey monkey ini.Survey monkey hanya boleh membuat soalan tidak lebih daripada sepuluh soalan sahaja.

Contoh soalan yang dibuat mengikut tajuk kumpulan masing-masing


anda boleh memilih samada anda mahu menggunakan google doc ataupun survey monkey terpulang pada diri anda sendiri.

 Sebagai kesimpulan,bagi pendapat saya kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan masing-masing.Perbezaannya ialah Google doc boleh membuat soalan lebih daripada sepuluh berbanding dengan Survey Monkey.
akan tetapi survey monkey lebih mudah digunakan dan pelbagai berbanding dengan google doc tetapi survey monkey tidak boleh membuat soalan lebih daripada sepuluh.bagi saya kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing.tidak kisahlah anda mahu menggunakan yang mana satu kerana masing-masing mempunyai kelebihan.
Setakat ini dahulu penulisan blog saya pada minggu ini,diharapkan kita berjumpa lagi pada minggu yang seterusnya.Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum=)

No comments:

Post a Comment