Monday, 29 October 2012

MINGGU KE-7:PENGENALAN SSPS

Salam sejahtera dan salam bestari=)
kepada kawan-kawan......
 
Pada minggu ini kami diminta oleh Pn Hafizah untuk menyiapkan segala tugasan yang belum selasai pada minggu yang sebelumnya.Selain itu,kami dikehendaki untuk mencari maklumat tentang apa itu SSPS.
 
SSPS ini merupakan satu perisian yang boleh digunakan membuat carta pai,statistik atau yang berkaitan dengannya.Selebihnya kami akan didedahkan oleh pn hafizah mengenai SSPS,kami juga dikehendaki membuat presentation tentang tajuk yang kami dapat.Sampai disini sahaja kami didedahkan mengenai ssps pada minggu ini.Selanjutnya kami akan diperkenalkan pada minggu hadapan.
 
Setakat ini sahaja coretan saya pada minggu ini,semoga kita akan berjumpa lagi pada minggu yang seterusnya.Assalamualaikum=)
 

Tuesday, 16 October 2012

MINGGU KE-6:SURVEY MONKEY


dan selamat sejahtera kawan-kawan semua..

Berjumpa lagi kita pada minggu ini,ini merupakan sambungan pada minggu sebelumnya.Pada minggu ini kami diajar oleh Pn hafizah tentang SURVEY MONKEY.Selain itu kami juga diterangkan tentang penngunaan GOOGLE DOCS untuk membuat soalan-soalan survey.Refleksi sebelum ini juga pernah diterangkan tentang Google Docs,diharap kamu semua dapat rujuk pada refleksi minggu sebelumnya.
Seterusnya,inilah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk menggunakan aplikasi ini.

                            1)Pertama sekali anda dikehendaki laman web Google Docs
                                          --> Http://Drive.google.com/
                                                          2)Seterusnya.......
                                                    Tekan Create,Pilih Form

                          

              3)Akhir sekali.anda boleh membuat soalan dengan menggunakan Google Docs ini.


anda bolehlah membuat soalan dan boleh membuat lebih daripada 10 soalan..ini merupakan kelebihan menggunakan Google docs.

-->Berbeza pula Melalui cara Servey Monkey

Apa itu SERVEY MONKEY?? adakah pernah mendegarnya atu pernah menggunakannya??..Tentu sekali kamu tidak pernah menggunakannya kan??
Jom kita jelajah apa itu Servey Monkey??..


Servey monkey ini adalah salah satu perisian percuma yang boleh digunakan oleh semua orang untuk membuat kajian terutamanya pelajar dan orang ramai.Format yang digunakan adalah memudahkan kita untuk membuat soalan.

BAGAIMANA SURVEY MONKEY INI BOLEH DIDAPATKAN??

1)Langkah pertama,anda dikehendaki pergi ke laman web Survey Monkey


2)Seterusnya,anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat untuk SING UP untuk masuk ke dalam survey monkey.


3)Langkah Ketiga

Sila klik pada create servey untuk langkah berikutnya

4)Langkah keempat langkah yang terakhir

Anda dikehendaki menulis tajuk survey masing-masing dan memilih katogerinya.Maka selesailah cara untuk menggunakan survey monkey ini.Survey monkey hanya boleh membuat soalan tidak lebih daripada sepuluh soalan sahaja.

Contoh soalan yang dibuat mengikut tajuk kumpulan masing-masing


anda boleh memilih samada anda mahu menggunakan google doc ataupun survey monkey terpulang pada diri anda sendiri.

 Sebagai kesimpulan,bagi pendapat saya kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan masing-masing.Perbezaannya ialah Google doc boleh membuat soalan lebih daripada sepuluh berbanding dengan Survey Monkey.
akan tetapi survey monkey lebih mudah digunakan dan pelbagai berbanding dengan google doc tetapi survey monkey tidak boleh membuat soalan lebih daripada sepuluh.bagi saya kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing.tidak kisahlah anda mahu menggunakan yang mana satu kerana masing-masing mempunyai kelebihan.
Setakat ini dahulu penulisan blog saya pada minggu ini,diharapkan kita berjumpa lagi pada minggu yang seterusnya.Semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum=)

Wednesday, 10 October 2012

MINGGU 5:KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN



Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari semua =)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat illahi kerana kami sudah pun sampai minggu kelima  dalam kelas komputer dalam pendidikan.Pada minggu ini kami diarahkan oleh Pn.Hafizah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan masing-masing.Kami telahpun mencari maklumat seperti mana yang Pn. hafizah mahukan.

selain itu,kami juga dikehendaki update blog yang ditulis bagi memudahkan kami untuk membuat refleksi pada minngu yang terakhir supaya senang untuk mengulangkaji.

setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini,semoga kita berjumpa lagi...
Terima kasih kawan-kawan semua =)..Assalamualaikum..

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER

ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET 

Apa itu etika dalam penggunanaan internet dankomputer?
Etika ialah tatacara atau disiplin yang ditunjukkan seseorang individu dalam sesuatu penggunaan seperti penghantaran email kepada orang atasan perlulah digunakan secara formal dan berbeza dengan kawan-kawan kita tidak perlu menghantar email secara formal.

Tatacara penggunaan internet

(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN
untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang
disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di
bawah kawalannya (termasukmaklumat) adalah hak milikKerajaan.

(b)Privasi pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan,
memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa
kebenaran.

(c) Mengenalpasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenalpasti dan mengesahkan identiti pengguna
yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi
makluma tmelalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan
daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

(d) MemilihLaman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan
terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

 (e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan
kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.

(f)Muatnaik bahan(Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuatnaik ke internet hendaklah disemak dan
mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan keatas bahan yang sah seperti
perisian yang berdaftardan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan
yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang
dibenarkan oleh jabatan sahaja.

(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri
dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti
newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada
Ketua Jabatan. Perlu diingat maklumat yang dikongsi
melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah
bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan
keutuhan maklumat berkenaan.

Bagaimana untuk beretika dalam pengunaan internet dan komputer
1)      Respecting yourself
Pastikan anda tidak melanggar amanah yang diberikan,contohnya seseorang individu itu mendedahkan kata laluan yang diberikan kepadanya.
2)      Respecting others
hindarkan diri daripada menganggu atau mengancam system orang lain
3)      Respecting academic intergriti
patuhi hak cipta yang telah disediakan.


Bila etika penggunaan internet dan komputer diaplikasikan
     1) Penulisan Email
      dalam penulisan email kita perlu mengikuti etika-etika penulisan antaranya penulisan email dengan pensyarah.Contohnya penulisan dengan pensyarah kita perlulah menggunakan perkataan formal dan tidak menggunakan huruf kecil atau besar semua apabila menghantar email. 

2  2)Penulisan blog
 j    Penulisan blog juga merupakan penulisan yang melibatkan orang ramai yang membacanya,oleh itu pelajar mahupun pensyarah mestilah menjaga etika dalam penulisan blog.Walaupun penulisan blog tidaklah mementingkan gaya penulisan kita juga harus menjaga etika supaya blog yang ditulis tidak berunsurkan benda-benda yang tidak elok.Pelajar-pelajar mahupun pensyarah harus menunjukkan sikap yang elok semasa penulisan blog kerana melalui penulisanlah menunjukkan kebijaksanaan dan keperibadian seseorang itu.

Kenapa Pentingnya Etika Dalam penggunaan Internet
 Perkembangan internet yang begitu pesa tmemerlukan etika dalam penggunaan internet. Berikut ini adalah beberapa alasan pentingnya etika yang perlu dipatuhi. 

a). Pengguna internet berasal dari pelbagai negara yang mempunyai budaya, bahasa dan adat istiadat yang berbeza. 
b). Pengguna internet merupakan orang yang hidup dalam anonymouse, yang memerlukan pernyataan dentitiasli dalam berinteraksi .Identiti yang palsu adalah salah disisipenggunaan internet.
c). Bermacam kemudahan di internet membolehkan seseorang untuk bertindak beretika atau tidak beretika seperti melayaril aman web lucah, dansebagainya.
d.) Harus diperhatikan bahawa pengguna internet akan bertambah setiap saat yang membolehkan kemasukan‘pengguna’baru.Oleh sebaitu, kita dikehendaki untuk memastikan segala maklumat kita adalah benar.
e.)Bagi penggunaan etika dalam pendidikan khususnya untuk pelajar,ini akan dapat membantu pelajar tersebut untuk membuat segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah mengikut etika penggunaan internet.

Siapa Yang Perlu Menggunakan Etika Dalam Penggunaan Internet
Semestinya semua pengguna internet hendaklah mematuhi etika penggunaan internet. Akan tetapi jika dikhususkan pengguna internet ini terbahagi kepada 4 iaitu :-    
1) PelajardanPensyarah
Bagi pelajar amatlah penting untuk mengamalkan etika dalam penggunaan internet kerana ini melibatkan urusan rasmi atau formal.
Sebagai contoh, pelajar tersebut hendak menghantar email kepada pensyarah yang pastinya menggunakan internet sebagaipenghantaran.Dengan itu, pelajar tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat atau identiti yang perlu disertakan didalam email tersebut adalah benar.Jadi, pensyarah dapat mengenali pelajar tersebut .
 2)  Kakitangan Kerajaan
Kakitangan kerajaan juga hendaklah mengikut etika penggunaan internet agar segala urusan rasmi antara kerajaan dapat dijalankan dengan berkesan.
 3)   Orang awam
Orang awam atau pengguna-pengguna internet yang lain di luar sana juga ramai yang menggunakan internet. Kebanyakan daripada mereka adalah tidak dikenali.Olehitu, bagi pengguna internet yang lain juga hendaklah mematuhi etika penggunaan internet dan tidak menyalahgunakan internet.





MINGGU 4:GOOGLE SCHOLAR



Assalamualaikum w.b.t dan salam bestari=)

Pada minggu keempat dalam kelas komputer dalam pendidikan kami telah diajar untuk search google scholar oleh Pn. hafizah Adnan.Pn hafizah telah menerangkan kepada kami apa itu GOOGLE SCHOLAR dan cara penggunaannya.

GOOGLE SCHOLAR ialah salah perkhidmatan yang disediakan oleh google untuk mencari artikel atau bahan ilmiah.Melalui penggunaan Google Sholar kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari rujukan tersebut.Ia memudahkan kita untuk mendapatnya walaupun dimana kita berada.Marilah sama-sama kita berkunjung ke Google Sholar ini.

Pertama sekali yang anda harus lakukan ialah,anda pergi ke homepage google,anda boleh tekan search untuk google scholar.anda boleh tengok cara-caranya seperti di bawah ini.






Google Scholar juga menyediakan cara yang mudah dan meluas untuk mencari sumber ilmiah. Dari satu tempat, anda boleh mencari di seluruh tempat dan banyak sumber yang boleh didapati seperti artikel, tesis, buku, abstrak dan pendapat mahkamah, dari penerbit akademik, persatuan profesional, repositori online, universiti dan laman web lain. Google Scholar membantu anda mencari kerja yang berkaitan di seluruh dunia penyelidikan ilmiah.Pn.Hafizah juga mengajar kami cara-cara untuk mencari jurnal dan artikel dengan menggunakan google scholar ini.

Selain itu,kami diajar untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh UKM untuk mencari sumber ilmiah melalui online dan tidakperlu pergi ke perpustakaan.

Cara-cara untuk menggunakannya:

1)Sila pergi ke E-warga
2)Scroll down dan lihat dikiri,anda akan menjumpai perpustakaan UKM,sila klik disitu
3)Masukkan user ID dan password yang telah didaftarkan
4)Kemudian anda anda dikehendaki mencari proquest education journal& Eric plus text
5)Akhir sekali,anda bolehlah mencari tajuk journal yang anda inginkan di dalam searh tersebut.

Selamat mencuba kawan-kawan semua=)
Melalui google scholar kamu blh mendapati maklumat dimana-mana sahaja bukan hanya di ukm.

Akhir sekali,selepas selesai membuat pencarian itu tadi kami dikehendaki menyelesaikan tugas yang diberi oleh Pn. Hafizah iaitu  mencari segala yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan mengikut kumpulan masing-masing.kumpulan kami dikehendaki untuk mencari tentang INTERNET DAN KOMPUTER.Dalam pencarian ini kami dikehendaki untuk mencari siapa,dimana,apa,bagaimana,kenapa dan bila penggunaan internet dan komputer dalam pendidikan.

Saya rasa sampai disini sahaja dulu kita pada hari ini.semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang dan banyak benda menarik yang akan saya kongsikan dalam blog saya ini dengan anda semua.Saya harap perkongsian ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda semua.
Sekian terima kasih =)



Thursday, 4 October 2012

APA ITU GOOGLE DOCS..

                   

               APA ITU GOOGLE DOCS??

  Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua:)-
  Hari ini saya ingin kongsikan tentang apa itu google docs??..


Google docs merupakan salah satu aplikasi yang digunakan google untuk keperluan pengurusan dokumen. 

Inilah tutorial yang akan menjadi penyelesaian bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi pengolah kata layaknya Ms.Office secara percuma. Yah anda menyebutnya Google Docs, Tampilannya berasaskan web, dengan apliasi ini anda boleh membuat dokumen baru, seperti doc, xls, dan boleh juga file odt, ods, rtf, csv, ppt, dan html. Tentu ini jauh lebih komplit kerana file berektensi odt itu anya hdimiliki oleh open office. 

Tampilannya mirip dengan MS. Office 2003, sehingga akan dengan mudah menjalankannya. 

Ciri-ciri yang tidak dimiliki oleh aplikasi lain adalah ciri-ciri kerjasama, ciri-ciri ini boleh langsung anda gunakan degan memberi cek di depan nama file, lalu klik butang share di atasnya. sebuah kotak akan menawarkan pelbagai pilihan akan muncul, terdapat pilihan "as collaborator" yang akan membuka akses baca tulis dokumen utuk orang-orang terpilih, sementara fungsi as viewer hanya akan memberikan akses baca sahaja. Anda juga boleh menghantar jemputan untuk mengakses dokumen dengan mengetikan alamat -alamat e-mel yang akan diberi hak akses. alamat e-mel yang dimasukkan harus merupakan e-mel Google atau email lain yang sudah tergabung dengan google. Dalam jemputan juga anda dibenarkan untuk menetapkan ciri kolaborasi boleh diakses oleh banyak pengguna dari satu mailing list ataupun membolehkan pengguna yang anda undang mengundang orang lain. nantinya, bila jemputan dibuka, penerima jemputan akan meneriam sebuah link yang kandungannya dokumen yang anda bagi pakaikan. selanjurnya ia harus login dengan akaun Googlenya untuk mengedit dokumen tersebut. Untuk memudahkan dalam bekerjasama, saat mengedit dokumen akan muncul tetingkap chat di skrin spreadsheet dan ciri-ciri semakan dokumen akan mencatat "siapa mengganti apa" dan bila-bila ". Salah satu kelebihann lain adalah anda boleh menerbitkan kandungan dokumen ke web ataupun blog hanya dengan dua kali klik More actions> Publish dan dokumen pun langsung dibahagikan pakaikan ke dunia maya. (Sumber: Majalah Info Komputer: April 2009) Alamat Laman Google Docs: http://www.google.com/ docs.

Apa yang diterang oleh pn Hafizah adnan mengenai google docs ialah Google docs ini merupakan salah satu cara untuk kita membuat assignment yang diberi oleh pensyarah.Kebiasaanya pelajar hanya menggunakan microsoft word dan microsoft power point sahaja.kelebihan google docs ialah pelajar dapat excess dimana-mana sahaja.Jadi selain menggunakan microsoft sedia ada bolehlah kita menggunakan google docs untuk membuat krje-kerja yang berkaitan dengan pelajaran.Akhir kata daripada saya selamat mencuba untuk semua:)>


                                  

Tuesday, 2 October 2012

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN MINGGU KE-3



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

     Pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya dan semoga anda semua dapat membaca kerja-kerja saya.Pada minggu ketiga dalam kelas komputer dalam pendidikan kami diarahkan untuk mencari maklumat tentang Course Management system(CMS/MLS).Dalam kelas ini kami telah mencari maklumat tentang CMS/MLS dan disuruh untuk menulis semua maklumat yang dicari dalam internet itu mengikut apa yang kita faham tentang CMS/LMS.Dalam kelas ini kami dibimbing oleh puan fadilah adnan dan selepas selesai menulis tentang CMS/LMS kami diminta email apa yang ditulis kepada puan fadilah.
 


 Apa itu CMS/MLS?? 
 Apa yang saya tahu tentang Course Managemaent System(CMS)ialah satu sistem talian yang direka untuk membantu pengajar menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web supaya para pelajar dapat berinteraksi dengan pengajar di talian.Ia adalah interaksi dua hala antara pengajar dan pelajar.

Mengapa kita perlu menggunakan kursus ini?

kita perlu menggunakan (cms/mls) kerana ia menyelidik satu aspek pentadbiran rakaman gred dan lain-lain.Selain itu,ia berurusan secara langsung dengan aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran,latihan,kuiz dan ujian.Dengan menggunakan sistwm ini,pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang terkandung dalam sistem ini.seterusnya pelajar dapat menjimatkan masa dan meningkatkan pembelajaran pelajar tersebut.Terdapat juga sistem online seperti kuiz dan latihan dalam sistem ini,jadi ia dapat memudahkan pelajar menjawab soalan latihan dalam sistem ini sebelum peperiksaan sebenar.

Dimana sistem ini digunakan?
Sistem ini biasanya digunakan didalam bidang pendidikan seperti dalam pengurusan sekolah dan universiti contohnya,E-pembelajaran,ifolio,SPIN dan lain-lain.Sistem ini memudahkan pensyarah berinteraksi secara dua hala dengan pelajar dalam alam maya.


siapa yang menggunakan sistem ini?
 Sistem ini digunakan oleh pelajar-pelajar di universiti dan kolej.selain itu,sistem ini digunakan oleh guru-guru dan kakitangan yang bekerja dalam sektor kerajaan yang mereka memerlukan laman web untuk membuat kerja-kerja mereka.


Bagaimana menggunakan sistem ini?
Untuk menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian LMS untuk mewujudkan maklumat  yang tepat dan relevan.Modul penilaian yang digunakan akan menjadi menarik jika direka dengan baik untuk pelajar.
selain itu,jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak menghadapi masalah didalam sistem ini,dan prosesnya pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Kelebihan menggunakan sistem LMS
1)Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian
2)Boleh diakses di mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet
3)Pensyarah dan pelajar boleh berjumpa dengan cara di atas talian
4)Menampung keseluruhan pembelajaran


Perisian sumber terbuka untuk (CMS?MLS)


1)Moodle
Ia dikenali sebagai modular berorintasikan  objek pembelajaran dinamik untuk membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian.Ia mempunyai penyerahan tugas,muat turun fail dan kuiz.

2)Atutor
Ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan,pembangunan kerjaya serta pembangunan profesion guru dan penyelidikan akademik.Sistem ini juga dapat membantu orang buta mendengar antara sistem muka antara skrin dan bantuan pembaca skrin.

3)Efront
Dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.